Berkenaan Saya

Nombor Matrik : D20102042711( J06) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Thursday 17 January 2013

Assalamualaikum. Pada 13.12.12 lahirlah seorang puteri dalam keluarga kami. Memang inipun yang aku dan suami harapkan.Allhamdulillah doa kami dimakbulkan oleh Allah s.w.t jua hendaknya.Terima kasih A llah kerana telah menunaikan permintaan kami ini
Iman Amani binti Muhammad Salleh begitulah nama puteri kami. Lahir dengan 3.87 kg pada hari Khamis ( piala Aff Malaysia lwn Thailand ) 13.12.12 pukul 6.48 petang di Hospital Columbia Asia. Terima kasih kepada doktor dan bidan yang menyambut kelahiran puteri kami ini.
Hari ini selepas genap sebulan 4 hari , Amani mendapatkan suntikan dos hepatitis b kali kedua. Nangisnya bukan kepalang sebab tu suruh ayah dia yang pegang sebab tak sampai hati tengok dia menangis. Balik dari klinik terus tidur. Harap-harap tak demamlah.
Hai

Tuesday 7 August 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Dah lama tak menulis dalam blog ini. Ialah tujuan asal blog ini dibina dulu sebab assigment UPSi ( Teknologi Maklumat ) lepas hantar dah tak jenguk-jenguk lagi dah sampai terkial-kial nak hantar post yang baru pun tak pandai. Bila baca blog orang lain rasa iri hati pulak sebab banyak info dan maklumat yang disertakan. Boleh share something pulak tu.
Baharulah saya dapat rasakan pentingnya blog ini diwujudkan dan diaktifkan supaya dapat mengenali lebih ramai kawan-kawan terutama yang sama-sama Pemulihan Khas atau yang sedang mengikuti program PJJ di UPSI.
Tak apalah lepas ni saya akan cuba aktifkan kembali blog ini. Ini cuma cubaab sahaja kerana banyak yang telah saya lupa.

Monday 14 May 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Dah lama rasanya tak post apa-apapun dalam blog ini. Ialah kebelakangan ini terlalu sibuk. Banyak assigment yang kena buat. Kerja sekolah. kerja rumah lagi. Rasanya memang cukup letih namun perjuangan ini masih perlu diteruskan.

Monday 12 December 2011

Contoh ayat kvk + kvkk

Berikut merupakan contoh-contoh ayat yang sesuai dijadikan contoh kepada murid-murid Pemulihan Khas tentang kemahiran kvk + kvkk
1. kambing
a. Ayah memelihara beberapa ekor kambing di dalam kandang.
b. Beberapa ekor kambing sedang meragut rumput di padang.
c. Kambing peliharaan ayah gemuk-gemuk belaka.
2. kampung
a. Pada cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga telah pulang ke kampung.
b. Kampung saya terletak di negeri Melaka.
c. Kampung saya indah pemandangannya.
3. panjang
a. Pembaris panjang adik telah patah.
b. Kakak telah membeli pembaris panjang yang baru.
c. Rambut ibu sangat panjang.
4. jantung
a. Ayah mengidap penyakit jantung.
b. Doktor sedang memeriksa keadaan jantung ayah saya.
c. Pesakit jantung itu sedang dirawat oleh doktor.
5. sombong
a. Dia seorang murid yang sombong.
b. Tingkah lakunya yang sombong tidak digemari rakan-rakan yang lain.
c. Sikap sombong hanya merugikan diri sendiri.

Friday 9 December 2011

Ciri-ciri murid Pemulihan Khas

Murid-murid Pemulihan Khas biasanya memiliki ciri-ciri tertentu yang antara lainnya adalah:
1. Gagal dalam ujian
2. Mundur dalam pelajaran
3. Darjah kecerdasan rendah berbanding dengan rakan sebaya yang lain
4.Ketidakbolehan belajar dalam masa yang terhad
5.Darjah kecerdasan antara 80 – 100 ( Simon Binet )
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS
1. Lemah daya pemikiran abstrak
2. Lemah menerima konsep arahan
3. Kurang keyakinan diri
4. Tumpuan dan perhatian lemah serta mudah terganggu
5.Lemah dalam pertuturan ( gagap, pelat dan sengau)
6. Emosi tidak stabil
7. Tidak boleh menganalisa
8. Gangguan kesihatan ( sakit telinga, kudis)
9. Mudah lupa dan kurang daya usaha
10. Tingkah laku melampau ( aktif, nakal, ego)
11. Lemah dalam 3M
12. Kurang pengalaman terhadap alam sekeliling
13.Suka merendah diri serta mudah tersinggung
14. Kurang perbendaharaan kata
15. Lemah koordinasi psikomotor, penglihatan, pendengaran dan pengamatan
Adakah anak-anak murid anda memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. Jika ya mereka boleh di kategorikan sebagai murid-murid Pemulihan Khas yang memerlukan bimbingan khusus jika dibandingkan dengan pelajar di kelas biasa.