Berkenaan Saya

Nombor Matrik : D20102042711( J06) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, 12 December 2011

Contoh ayat kvk + kvkk

Berikut merupakan contoh-contoh ayat yang sesuai dijadikan contoh kepada murid-murid Pemulihan Khas tentang kemahiran kvk + kvkk
1. kambing
a. Ayah memelihara beberapa ekor kambing di dalam kandang.
b. Beberapa ekor kambing sedang meragut rumput di padang.
c. Kambing peliharaan ayah gemuk-gemuk belaka.
2. kampung
a. Pada cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga telah pulang ke kampung.
b. Kampung saya terletak di negeri Melaka.
c. Kampung saya indah pemandangannya.
3. panjang
a. Pembaris panjang adik telah patah.
b. Kakak telah membeli pembaris panjang yang baru.
c. Rambut ibu sangat panjang.
4. jantung
a. Ayah mengidap penyakit jantung.
b. Doktor sedang memeriksa keadaan jantung ayah saya.
c. Pesakit jantung itu sedang dirawat oleh doktor.
5. sombong
a. Dia seorang murid yang sombong.
b. Tingkah lakunya yang sombong tidak digemari rakan-rakan yang lain.
c. Sikap sombong hanya merugikan diri sendiri.

Friday, 9 December 2011

Ciri-ciri murid Pemulihan Khas

Murid-murid Pemulihan Khas biasanya memiliki ciri-ciri tertentu yang antara lainnya adalah:
1. Gagal dalam ujian
2. Mundur dalam pelajaran
3. Darjah kecerdasan rendah berbanding dengan rakan sebaya yang lain
4.Ketidakbolehan belajar dalam masa yang terhad
5.Darjah kecerdasan antara 80 – 100 ( Simon Binet )
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS
1. Lemah daya pemikiran abstrak
2. Lemah menerima konsep arahan
3. Kurang keyakinan diri
4. Tumpuan dan perhatian lemah serta mudah terganggu
5.Lemah dalam pertuturan ( gagap, pelat dan sengau)
6. Emosi tidak stabil
7. Tidak boleh menganalisa
8. Gangguan kesihatan ( sakit telinga, kudis)
9. Mudah lupa dan kurang daya usaha
10. Tingkah laku melampau ( aktif, nakal, ego)
11. Lemah dalam 3M
12. Kurang pengalaman terhadap alam sekeliling
13.Suka merendah diri serta mudah tersinggung
14. Kurang perbendaharaan kata
15. Lemah koordinasi psikomotor, penglihatan, pendengaran dan pengamatan
Adakah anak-anak murid anda memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. Jika ya mereka boleh di kategorikan sebagai murid-murid Pemulihan Khas yang memerlukan bimbingan khusus jika dibandingkan dengan pelajar di kelas biasa.

Mari menjawab

Lagi contoh-contoh latihan yang boleh diberikan kepada murid-murid Pemulihan Khas berkaitan kemahiran kvk+kvkk lembaran latihan kvk + kvkk

Monday, 5 December 2011

Kampung Yang Saya Lawati

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan Kampung Yang Saya Lawati

Penyediaan Bahan Sesi Pemulihan

Bahan-bahan pemulihan disediakan khusus untuk menyelesaikan masalah deria tertentu. Oleh itu alat bantu mengajar yang sesuai adalah alat yang boleh digunakan oleh murid-murid berdasarkan deria pendengaran, penglihatan dan psikomotor.
1. Aspek Pendengaran
a) Sebutan guru hendaklah terang dan lantang dengan kadar yang berpatutan supaya murid-murid boleh mendengarnya dengan jelas.
b) Hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja diajarkan . Sebutan bunyi yang lain tidak harus dicampurkan dalam sesi pemulihan.
2. Aspek Penglihatan
a) Bahan pengajaran yang akan ditunjukkan hendaklah besar, ringkas serta menarik supaya murid boleh melihatnya dengan jelas.
b) Gunakan warna untuk menunjukkan perkara yang penting . Untuk menunjukkan perbezaan huruf atau suku kata , warna-warna yang berbeza harus digunakan.
3.Aspek Psikomotor
a) Guru harus menggunakan benda maujud yang boleh dipegang, disentuh dan dimainkan oleh murid.
b) Bentuk huruf , nombor atau perkataan yang akan diajar hendaklah "timbul" supaya murid-murid boleh mengesan dengan sentuhan atau tekapan mereka.
Contoh bahan bantu mengajar yang boleh disediakan oleh guru

Mari bunyikan bersama-sama

1. Cuba ulang perkataan yang disebut oleh guru.
2. Mari mengeja bersama-sama perkataan yang ditunjukkan. Perkataan kvk+kvkk

Tuesday, 29 November 2011

perkataan kvk+kvkk

Lembaran Kerja kvk + kvkk

Kad bilah

KAD BILAH
CONTOH PERKATAAN YANG TERBENTUK PANTANG =3,4
Memperkenalkan kaedah ‘BILAH’
Kaedah bilang huruf atau singkatannya BILAH dicipta khusus untuk membantu murid-murid Pemulihan Khas mengeja perkataan-perkataan yang diberikan oleh guru berpandukan bilangan huruf yang terdapat dalam suku kata. Ini bertujuan untuk mengelak murid daripada melakukan kesalahan ejaan pada suku kata yang seakan-akan sama bunyinya bila disebut.
a) Guru menyebut beberapa contoh suku kata kv,kvk dan kvkk yang boleh mengelirukan murid kerana bunyinya yang seakan-akan sama tetapi mempunyai bilangan huruf yang berbeza. Contoh perkataan adalah seperti
- ba, bak , bang
- to, tok , tong
- he, heh, heng dan sebagainya
b) Guru meminta murid menulis suku kata yang disebut dengan menyatakan bilangan hurufnya seperti :
- ba – 2 huruf
- bak – 3 huruf
- bang – 4 huruf dan sebagainya
c) Guru meminta murid menyanyikan lagu mengikut rentak ‘a itu hurufnya..a itu bunyinya ‘ kepada :
ba 2 hurufnya
bak 3 hurufnya
b,a,n,g 4 hurufnya
d) Apabila murid telah memahami teknik ini guru boleh meminta murid mengeja perkataan yang disebut olehnya beserta dengan panduan bilangan huruf seperti:
- kereta – 2,2,2
- kambing – 3,4
- rambutan – 3,2,3
- teropong – 2,2,4
e) Guru akan mengulang teknik ini setiap kali melaksanakan ujian ejaan sehingga murid benar-benar mahir dan dapat mengeja perkataan dengan betul tanpa bantuan guru lagi.

perkataan KVK + kvkk

Kemahiran 20
SUKU KATA kvk + kvkk
Kemahiran 20 bagi murid-murid Pemulihan Khas adalah perkataan KVK + KVKK. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan KVK+KVKK yang boleh dijadikan ujian ejaan serta lembaran kerja pada latihan mengisi tempat kosong.
1. kambing
2. gantung
3. dinding
4. pancing
5. kampung
6. lancang
7. jantung
8. lembing
9. simpang
10. tendang
Isikan tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang betul.
1. Cuti yang lalu Ramli .......................... ikan di kolam.
2. Kita perlu berhenti semasa di.............................. jalan.
3. ..................... rumah itu dicat kuning.
4. Doktor periksa ............................... ayah Ali.
5. Kucing itu sakit kerana telah di ........................ .
6. Pada cuti yang lalu Akim balik ke ...........................
7. ............................. itu belayar ke tanjung .
8. Musang telah menerkam seekor ................................... .
9. Pahlawan Melayu itu gunakan ....................... untuk membunuh penjahat itu.
10. Perompak itu dihukum ....................... hingga mati oleh Hakim Lokman.

Wednesday, 16 November 2011

Kad sorong tarik

Kad sorong tarik ini dibina bagi tujuan membantu guru-guru Pemulihan Khas melaksanakan langkah pengajaran yang lebih menarik serta berkesan.Antara langkah-langkah pengajaran yang boleh diaplikasi adalah :
1. Guru mempamerkan kad sorong tarik kepada murid
2. Guru meminta murid membaca suku kata yang berwarna merah dan memadankannya dengan suku kata yang lain sehingga membentuk satu perkataan yang bermakna.
3. Kad ini boleh di sorong ke bawah atau ke atas sambil guru meminta murid membacakan perkataan yang dipaparkan.
4. Adalah lebih baik jika murid sendiri diberi peluang mencuba sendiri kad ini

Wednesday, 9 November 2011

Ini adalah contoh lembaran kerja yang boleh diberikan kepada murid-murid berkaitan kemahiran KVK +KVKK lembaran kerja perkataan KVK+KVKK
Perkataan KVK + KVKKPersembahan Power Point ini boleh membantu guru-guru Pemulihan Khas khususnya membimbing murid-murid mengeja perkataan KVK + KVKK beserta dengan bantuan gambar

Tuesday, 1 November 2011

Makro TeachingPembelajaran pada hari ini berkaitan dengan kampungku.
1. Guru menunjukkan gambar dan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar
     a. Apakah yang dapat kamu lihat ?
     b. Apakah perkara yang paling menyeronokkan kamu apabila pulang ke kampung?
2. Murid membaca petikan yang diberi sama ada secara berkumpulan mahupun individu sambil dibimbing  
    oleh guru

Sunday, 30 October 2011

Teknik Permainan dalam pengajaran Pemulihan Khas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang paling diminati oleh murid-murid Pemulihan Khas adalah teknik permainan. Namun begitu teknik ini perlu diselitkan dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian agar isi kandungan atau kemahiran yang ingin dicapai dapat dikuasai oleh murid-murid.

Antara bentuk permainan yang sering saya aplikasikan di dalam kelas adalah permainan dam ular. Dam ular tersebut disediakan dalam bentuk yang besar sehingga membolehkan murid berfungsi sebagai buah dam yang boleh bergerak apabila dadu di baling. Setiap kotak yang terdapat di atas dam ular mengandungi arahan -arahan tertentu bagi membolehkan murid terbabit meneruskan gerakan sehingga ke kotak yang terakhir. Biasanya saya meminta murid mengeja perkataan atau membuat ayat bagi perkataan yang diberi oleh guru. Murid yang berjaya mengeja dengan betul boleh terus bergerak beberapa langkah ke hadapan.

Sebenarnya banyak lagi bentuk permainan yang boleh dipraktikkan di dalam kelas bagi menarik perhatian murid. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan kesungguhan guru dalam melaksanakan langkah pengajaran yang berkesan dan mencapai objektif  seperti yang dikehendaki.

Tuesday, 20 September 2011

Pengajaran Pemulihan Khas

Pengajaran buat murid-murid Pemulihan Khas bukanlah semudah yang disangkakan. Walaupun murid yang terlibat sekitar 5 hingga 15 orang namun amat mencabar minda dan kreadibiliti. Masalah pembelajaran serius yang dihadapi sesetengah pelajar terutama dalam mengingati sesuatu kemahiran merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius oleh guru-guru Pemulihan Khas yang prihatin. Pengorbanan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan agar pelajar sentiasa merasakan diri mereka dihargai dan ada yang menyayangi. Jika pelajar-pelajar ini dibiarkan sudah tentu masalah menguasai 3M akan merumitkan kehidupan mereka pada masa hadapan. Insyaallah , saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan murid-murid Pemulihan Khas saya dapat seiring sejalan dengan murid-murid di kelas Perdana yang lain.

Selamat datang ke blog spot saya

Blog ini diwujudkan untuk tujuan program PPG PJJ UPSI. Apa yang ingin dikongsi bersama berkaitan Pengajaran Pemulihan sedikit sebanyak boleh diperolehi di sini.