Berkenaan Saya

Nombor Matrik : D20102042711( J06) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sunday, 30 October 2011

Teknik Permainan dalam pengajaran Pemulihan Khas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang paling diminati oleh murid-murid Pemulihan Khas adalah teknik permainan. Namun begitu teknik ini perlu diselitkan dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian agar isi kandungan atau kemahiran yang ingin dicapai dapat dikuasai oleh murid-murid.

Antara bentuk permainan yang sering saya aplikasikan di dalam kelas adalah permainan dam ular. Dam ular tersebut disediakan dalam bentuk yang besar sehingga membolehkan murid berfungsi sebagai buah dam yang boleh bergerak apabila dadu di baling. Setiap kotak yang terdapat di atas dam ular mengandungi arahan -arahan tertentu bagi membolehkan murid terbabit meneruskan gerakan sehingga ke kotak yang terakhir. Biasanya saya meminta murid mengeja perkataan atau membuat ayat bagi perkataan yang diberi oleh guru. Murid yang berjaya mengeja dengan betul boleh terus bergerak beberapa langkah ke hadapan.

Sebenarnya banyak lagi bentuk permainan yang boleh dipraktikkan di dalam kelas bagi menarik perhatian murid. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan kesungguhan guru dalam melaksanakan langkah pengajaran yang berkesan dan mencapai objektif  seperti yang dikehendaki.