Berkenaan Saya
- Noriah Abdul Aziz
- Nombor Matrik : D20102042711( J06) Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tuesday, 29 November 2011
Kad bilah
KAD BILAH
CONTOH PERKATAAN YANG TERBENTUK PANTANG =3,4
Memperkenalkan kaedah ‘BILAH’
Kaedah bilang huruf atau singkatannya BILAH dicipta khusus untuk membantu murid-murid Pemulihan Khas mengeja perkataan-perkataan yang diberikan oleh guru berpandukan bilangan huruf yang terdapat dalam suku kata. Ini bertujuan untuk mengelak murid daripada melakukan kesalahan ejaan pada suku kata yang seakan-akan sama bunyinya bila disebut.
a) Guru menyebut beberapa contoh suku kata kv,kvk dan kvkk yang boleh
mengelirukan murid kerana bunyinya yang seakan-akan sama tetapi
mempunyai bilangan huruf yang berbeza. Contoh perkataan adalah seperti
- ba, bak , bang
- to, tok , tong
- he, heh, heng dan sebagainya
b) Guru meminta murid menulis suku kata yang disebut dengan menyatakan
bilangan hurufnya seperti :
- ba – 2 huruf
- bak – 3 huruf
- bang – 4 huruf dan sebagainya
c) Guru meminta murid menyanyikan lagu mengikut rentak ‘a itu
hurufnya..a itu bunyinya ‘ kepada :
ba 2 hurufnya
bak 3 hurufnya
b,a,n,g 4 hurufnya
d) Apabila murid telah memahami teknik ini guru boleh meminta murid
mengeja perkataan yang disebut olehnya beserta dengan panduan
bilangan huruf seperti:
- kereta – 2,2,2
- kambing – 3,4
- rambutan – 3,2,3
- teropong – 2,2,4
e) Guru akan mengulang teknik ini setiap kali melaksanakan ujian ejaan
sehingga murid benar-benar mahir dan dapat mengeja perkataan dengan
betul tanpa bantuan guru lagi.
perkataan KVK + kvkk
Kemahiran 20
SUKU KATA kvk + kvkk
Kemahiran 20 bagi murid-murid Pemulihan Khas adalah perkataan KVK + KVKK. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan KVK+KVKK yang boleh dijadikan ujian ejaan serta lembaran kerja pada latihan mengisi tempat kosong.
1. kambing
2. gantung
3. dinding
4. pancing
5. kampung
6. lancang
7. jantung
8. lembing
9. simpang
10. tendang
Isikan tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang betul.
1. Cuti yang lalu Ramli .......................... ikan di kolam.
2. Kita perlu berhenti semasa di.............................. jalan.
3. ..................... rumah itu dicat kuning.
4. Doktor periksa ............................... ayah Ali.
5. Kucing itu sakit kerana telah di ........................ .
6. Pada cuti yang lalu Akim balik ke ...........................
7. ............................. itu belayar ke tanjung .
8. Musang telah menerkam seekor ................................... .
9. Pahlawan Melayu itu gunakan ....................... untuk
membunuh penjahat itu.
10. Perompak itu dihukum ....................... hingga mati oleh
Hakim Lokman.
Wednesday, 16 November 2011
Kad sorong tarik
Kad sorong tarik ini dibina bagi tujuan membantu guru-guru Pemulihan Khas melaksanakan langkah pengajaran yang lebih menarik serta berkesan.Antara
langkah-langkah pengajaran yang boleh diaplikasi adalah :
1. Guru mempamerkan kad sorong tarik kepada murid
2. Guru meminta murid membaca suku kata yang berwarna merah dan
memadankannya dengan suku kata yang lain sehingga membentuk satu
perkataan yang bermakna.
3. Kad ini boleh di sorong ke bawah atau ke atas sambil guru meminta murid
membacakan perkataan yang dipaparkan.
4. Adalah lebih baik jika murid sendiri diberi peluang mencuba sendiri kad
ini
Wednesday, 9 November 2011
Ini adalah contoh lembaran kerja yang boleh diberikan kepada murid-murid berkaitan kemahiran KVK +KVKK
lembaran kerja perkataan KVK+KVKK
Perkataan KVK + KVKKPersembahan Power Point ini boleh membantu guru-guru Pemulihan Khas khususnya membimbing murid-murid mengeja perkataan KVK + KVKK beserta dengan bantuan gambar
Tuesday, 1 November 2011
Makro TeachingPembelajaran pada hari ini berkaitan dengan kampungku.
1. Guru menunjukkan gambar dan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar
a. Apakah yang dapat kamu lihat ?
b. Apakah perkara yang paling menyeronokkan kamu apabila pulang ke kampung?
2. Murid membaca petikan yang diberi sama ada secara berkumpulan mahupun individu sambil dibimbing
oleh guru
1. Guru menunjukkan gambar dan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar
a. Apakah yang dapat kamu lihat ?
b. Apakah perkara yang paling menyeronokkan kamu apabila pulang ke kampung?
2. Murid membaca petikan yang diberi sama ada secara berkumpulan mahupun individu sambil dibimbing
oleh guru
Subscribe to:
Posts (Atom)