Assalamualaikum. Pada 13.12.12 lahirlah seorang puteri dalam keluarga kami. Memang inipun yang aku dan suami harapkan.Allhamdulillah doa kami dimakbulkan oleh Allah s.w.t jua hendaknya.Terima kasih A llah kerana telah menunaikan permintaan kami ini
Iman Amani binti Muhammad Salleh begitulah nama puteri kami. Lahir dengan 3.87 kg pada hari Khamis ( piala Aff Malaysia lwn Thailand ) 13.12.12 pukul 6.48 petang di Hospital Columbia Asia. Terima kasih kepada doktor dan bidan yang menyambut kelahiran puteri kami ini.
Hari ini selepas genap sebulan 4 hari , Amani mendapatkan suntikan dos hepatitis b kali kedua. Nangisnya bukan kepalang sebab tu suruh ayah dia yang pegang sebab tak sampai hati tengok dia menangis. Balik dari klinik terus tidur. Harap-harap tak demamlah.